PETALING JAYA: Pemain warisan Malaysia-Finland Nooa Laine bertekad untuk menawan hati ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.
Menurutnya beliau sedar akan persaingan sengit dalam kalangan 33 pemain dipanggil pengendali Korea Selatan itu pada kem latihan pusat baru-baru ini namun sedia memberikan yang terbaik dalam menggalas cabaran negara kali ini.
Penyerang Selangor FC bagi musim 2024/2025 itu kali terakhir dipanggil menyertai skuad senior adalah semasa aksi kelayakan sama menentang Kyrgyzstan dan juga Taiwan tahun lepas.
"Penting bagi diri saya untuk merebut tempat dalam barisan pemain senior...sudah biasa dengan pertandingan ini. Pasti ada pemain yang sudah lama bersama skuad negara tetapi apabila diberi peluang, saya akan memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di sini pada Selasa.
Malaysia yang berada di ranking ke-132 dunia, dijadual menentang Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat pada 21 Mac (22 Mac, 2 pagi waktu Malaysia) sebelum melayani kunjungan pasukan ke-80 dunia itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 26 Mac.
Harimau Malaya kini menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata diikuti Oman dan Kyrgyzstan yang berkongsi tiga mata di kedudukan kedua dan ketiga, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata dengan berbaki empat perlawanan lagi.
Pemain berusia 22 tahun itu dalam masa sama berpendapat hanya satu aksi pemanas badan berdepan pasukan Nepal pada Jumaat ini sebelum saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bukanlah satu masalah besar.
Katanya skuad negara hampir pasti mempunyai masa yang cukup untuk membina momentum dalam usaha mencuri mata pada kedua-dua perlawanan tersebut.
"Sudah tentu ada perbezaan untuk beraksi pada musim ini dan kami baru sahaja melalui pramusim. Terdapat perbezaan terutamanya dari segi kecergasan perlawanan.
"Tetapi saya lihat ini tidak menjadi masalah kerana kita masih mempunyai masa yang cukup. Barisan kejurulatihan melakukan kerja yang baik untuk persiapan kami menentang Oman," katanya yang akan beralih tumpuan kepada saingan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar bulan hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Penyerang Selangor FC bagi musim 2024/2025 itu kali terakhir dipanggil menyertai skuad senior adalah semasa aksi kelayakan sama menentang Kyrgyzstan dan juga Taiwan tahun lepas. - Foto fail/BERNAMA
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.